pada hari pendaftaran masuk di sebuah kolej swasta di ibu kota . asyraf ditempatkan dalam bilik asrama . asryraf sedang berbual-bual dengan kawannya amirul , tiba-tiba seorg pelajar masuk ke dalam bilik tersebut......
Irfan : Hello , ini kamar A-48 yaa ?!
Asyraf : Ya ....
Irfan : Oh! ini kamar sayalah yaa ?!
Asyraf : Haa....kalau gitu kita ni room matelah . Eh! masuklah bawa beg tu masuk .
Irfan : Ya , ya...tapi sebenarnya tadi katanya satu kamar berdua .
Asyraf : Ya! berdua .
Irfan : Tapi.....
Asyraf : oooo....yang ini kawan saya, dia bilik lain . dia datang lepak-lepak kat sini....Eh! lupa pulak , saya Asyraf dan yang ini kawan saya Amirul .
Irfan : Ya! selamat berkenalan saya Irfan , dari Indonesia ....
Amirul : ooo dari Indonesia ?! knpa blajar kt sini ?
Irfan : ini kolej internasional , diiktiraf seluruh dunia. dibandingkan dari negara lain feesnya lebih murah dan kos hidup juga lebih murah jika dibanding dengan Singapore dan Australi .
Amirul : patutlah ramai budak indon belajar kat sini .
Irfan : eh! maaf ya . tolong jgn hina kami seperti itu .
Amirul : hina? siapa yang hina ?
Irfan : itu...perkataan itu !!! kami dari Indonesia bkn budak . orang Malaysia sering mghina kami sbg budak .
Asyraf : bkn , kami tak pernah hina org indon , org indon yang selalu hina kami . tengok masa sukan SEA ,
org indon hina yang hina lagu kebangsaan kami !! apa yang org indon marah sgt kat org malaysia ni ?
Irfan : masakkan tidak marah . kami sering dihina seperti ini , sering digelar sbg budak dan kami juga digelar Indon . ini yang kami marah !
Amirul : aik ! panggil budak pun marah ?!
Irfan : hah! siapa yang tidak marah jika digelar budak ??
Asyraf : eh ! nak marah apa pulak ? biasalah kita panggil budak . ok .... jgnlah bergaduh , kita baru kenal . rasanya ini semua salah faham aje ni ...
Amirul : a'aa laa .. buat apa gaduh-gaduh , mari kita selesaikan...
Irfan : ya,ya...... tapi hati saya dan hati rakyat indonesia terluka apabila digelar budak . mmg benar , sgt ramai org indonesia bkerja sbg buruh dn pembantu rumah di sini ttpi kami bkn budak , kami adlh pkerja .
Asyraf : eh ! apa yg jadi isu sgt pasal perkataan budak ni ??? apa makna budak ni dlm bahasa indonesia ??
Irfan : budak , bagi kami di indonesia sama ertinya dgn slave dalam bahasa Inggeris !
Amirul : oooo ..... patutlah marah sgt ! mereka ingat kita mgata mereka tu sbg hamba abdi sbb byk bkerja sbg buruh binaan dan pembantu rumah .
Asyraf : laaa...gitu ke ? kami bkn maksud macam tu . budak maksudnya org muda dan kadangkala bmaksud org . kalau dikatakan budak indon , maksudnya orang indonesia . tak ada mksud tak baik pun...
Amirul : haaa...betul tuu . kami di kolej pun org panggil budak kolej , yg masih sekolah di panggil budak sekolah .
Irfan : ooooo... begitu rupanya ?! bahasa kita serupa tapi tidak sama , maka terjadilah salah faham !! tapi ada satu lagi yg org indonesia tdk suka...
Amirul : apa pulak lagi ??
Irfan : gelaran indon itu , kami tidak suka , seolah-olah memperkecilkan bangsa kami .
Asyraf : habis nak panggil apa ?
Irfan : dengan penuh , indonesia....
Amirul : huh ! sensitif betul orang indonesia ni .
Irfan : ya , kami sensitif kerana kami punya semangat politik yg tinggi .
p/s : Budak - dalam bahasa indonesia is hamba abdi .